Pinjaman Peribadi Terbaik di
Malaysia
Perlu wang tambahan dan berfikir
tentang Pinjaman Peribadi ?Adakah anda perlu menggunakan kad kredit atau
mengambil pinjaman peribadi ?Semua soalan terjawab dalam panduan kami !
Apa itu Pinjaman Peribadi ?
Pinjaman peribadi merupakan
sejenis pembiayaan yang diberikan oleh bank dan peminjam wang lain, dengan
tujuan untuk “membantu” mereka yang memerlukan sejumlah wang (mungkin
untuk downpayment kereta, beli perkakas rumah, membeli saham,
dan lain-lain). Pinjaman peribadi ini ada dua jenis –
sama ada tanpa cagaran dan bersama cagaran. Cagaran pula boleh jadi dalam
bentuk aset yang dibeli, atau oleh orang yang bertindak sebagai penjamin
(guarantor). Pinjaman peribadi biasanya dikenakan kadar faedah,
dan kadar yang diberikan biasanya berdasarkan jumlah atau tempoh pinjaman.
Kesemua jumlah faedah akan dikira dan dimasukkan ke dalam pembayaran ansuran
bulanan. Ansuran bulanan ini tentunya harus dibayar sehingga akhir
tempoh. Di Malaysia, bank-bank, institusi kewangan dan pemberi pinjaman
wang berlesen boleh memberikan pinjaman peribadi kepada pengguna (yang sah).
Kami menyediakan perkhidmatan dalam pinjaman bank dan koperasi untuk kakitangan kerajaan, glc (badan-badan berkanun), dan swasta untuk membuat pinjaman peribadi melalui bank dan koperasi. Kepada yang bermasalah dengan ctos, ccris, status kontrak layak memohon.